Peluang atau Mereka bijak cari peluang...??

Salam semua sekali.. kelegaan terpancar di muka bila habis nya paper yang agak menakutkan iaitu Genetics.. harap2 okeh la...


setelah melelap kan mata beberapa ratus minit, aku terpanggil untuk bangun..yelah watpe juga tido lelama..hehe.
niat di hati ingin mengulangkaji pelajan samada Analytical Chemistry or Biochemistry yang jadual nya 6hb dan 7hb Mei..tapi ter'on' pulak laptop usang ni..blogwalking sana, blogwalking sini..macam2 cerita baru ada, new arrival items di eightdesign, cerita Osama yang meletop skang ni, tazkirah2 ringan, dan lain2..


Tapi aku hati aku tertancap pada blog ni..aku suka cara beliau mengutarakan pendapat dan cerita yang ala-ala cerpen gitu.. alaa blog yang ni.., Bukan Penulis Buku Enid Blyton. Kronologi cerita dengan plot yang di reka memang aku suka sebab aku ni dulu sangat suka karangan.hehe.selain tu aku gak suka member aku sorang ni punya blog.walopon dia tak tau blog aku ni, aku nak share kat korang..bia la dia tak tau pon, lagi aku suka..haha.ni member time kat MJSC Transkrian, tak la kamcing sangat tapi boley kenal2 tu. Blog dia ni haa... Dari Ipoh ke Awan Biru. bes artikel dia yang ni kemuncaknya mekanikal.ce tengok ce tengok.satu je problem dia ,jarang uodate blog.haha


Namun aku bukan la memfemes dua mamat atas ni haa...salah tanggapan tu.. aku just tertarik kat artikel Bukan penulis Buku Enid Blyton tu haa.. ce bace ce bace jap..Peluang Kalau Di Lepas Memang Rugi. tertarik sebab terkena batang hidung sendiri.yang lain dengan version aku ni ending dia..


Baru2 ni aku celebrate secara tak rasmi dan ala2 kadar Birthday Athirah Abdul Kamil pada 14hbApril.. Memandangkan beliau kawan aku paling dekat sekarang rasa seronok pulak nak belanja makan sempena hari lahir beliau.. tengah enak melayan makanan di depan mata, kami disapa oleh seorang tua berkopiah, berkemeja lusuh bersama beg kecil di bahu kanan sambil memegang beberapa naskah Yasssin. Jelas tergambar raut wajah yang agak sedih. Aku yang berjiwa sensitif ini tanpa banyak soal terus menghulurkan wang kertas RM1 sahaja.hehe. tapi pakcik tu mintak lagi RM1 sebab naskah tu berharga RM2. Lantas kau pun mencapai RM1 dari purse.. maka keuntungan yang diperolehi pakcik tersebut ialah RM4 dari kami berdua.

di hari lahir beliau..


Kami meneruskan menjamu selera memandang kan agak lapar, time lunch lah katakan.. pakcik tadi masih lagi berjalan2 di ruangan restoran Pizza. Aku ke toilet.(Perlu ke nak cerita.haha) setelah membasuh tangan aku pon kembali ke meja makan kami. Aduh, aku terpandang pakcik tadi sedang kusyuk membilang duit yang diterima dari orang ramai. banyak juga la yang ditangan nya itu, berkepok2 aku tengok. Tapi tak pe la dah rezeki dia kan..


Cerita aku tak terhenti disitu. Setelah penat menjamu selera, kami ke tempat cashier untuk membayar, tak kan nak blah terus kan.hehe. sekali lagi nampak pakcik yang sama. Kali ini beliau betul2 di sebelah kami untuk membayar.. dalam fikiran aku, "orang mintak derma pon mampu nak makan pizza ek???" tak kan aku silap tengok pulak kan..siap order pizza weh... aku ni nak melantak pizza pon jarang2 boleyh..Bila betul2 teringin je..al maklum la bergelar student, yang tukang belanaja sebelum ni sudah jao dengan aku sekarang..isy3..


Pikir2 semula mampu pulak kan peminta derma order pizza dengan pemberi derma di sebelah beliau tak pon dihiraukan...Mungkin peminta sedekah pon teringin giler nak makan Pizza.hehe. Apa2 pon dah lepas pon. yang penting aku halalkan duit pemberian aku... At least dengan membeli senaskah Yassin tu aku makin rajin bace Yassin kan..Time sekolah je rajin sebab wajib setiap malam jumaat. Sekarang?????

thanx for reading..=)

Comments

Popular Posts