Cara mengawal MARAH

GRRRRRRR....

Setiap dari kita pernah marah. Tipu jika tidak. Di rumah, di tempat kerja, di restoran, di tempat belajar, di tandas awam, di shopping mall. Tak kira pada bila- bila masa pasti ada ketika perasaan "naik angin " kita itu akan terkeluar. Mangsa? adik- adik di rumah, waiter/ waitress di restoran, "ahli politik" tempat kerja, pakwe/ makwe, kawan- awan seangkatan, malah kekadang kucing pun jadi mangsa. (haissshhh tak pasal kucing). Ah ini semua gila.

beberapa konsep mengawal marah boleh diaplkasikan berdasarkan daripada pencarian google. haha. yes, sekarang semua benda boleh dapat dengan google. thanks to Mr. Google. Daripada pembacaan saya, saya suka untuk dengar dan cuba konsep "pause" ketika marah.
1. Diam
2. Berfikir
3. Tarik nafas perlahan, dalam- dalam, cool down dan istighfar. 

Selain itu kita perlu kaji beberapa aspek sebelum terus marah. Contohnya:-
1. Maafkan diri sendiri terlebih dahulu.
2. Ingat diir kita juga tidak lari dari kesalahan
3. Tidak perlu menang setiap masa
4. Pendapat dan citarasa manusia berbeza
5. Memikirkan orang lain juga ada masalah
6. Menyedari ALLAH mengangkat darjat orang yang suka minta maaf dan memafkan orang
7.Berdoa supaya disabarkan hati
8. Bersangka baik
9. Memikirkan kebaikan yang dibuat dia
10. Menyedari kita juga ada kurang dan silap, begitu juga dia


Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:
1. Mengubah Posisi – Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
2. Berwuduk – Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
3. Minum air.
4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.
5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
7. Berfikiran positif.
8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.
9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.
10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.
Wallahu wa’lam…

Sumber daripada:
http://arnamee.blogspot.com/2012/08/memaafkan-orang-cara-mengawal-marah.html#ixzz2OohvIVM1
http://mediaserius.com/cara-mengatasi-sifat-panas-baran/
http://akuislam.com/blog/renungan/mengawal-marah-pause/
http://arnamee.blogspot.com/2012/08/memaafkan-orang-cara-mengawal-marah.html



Comments

Popular Posts