Kembali Melakar Journal Kehidupan

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama menyepi iaitu hampir sembilan bulan tanpa sebarang coretan, kini saya terpanggil untuk menambah warkah baru untuk saya dan pembaca (jika masih ada). Disebabkan saya rajin pula mencari resipi masakan melayu sejak akhir ini, saya terus ringankan otot- otot jari untuk menaip.

Oh ya, sebelum ini saya di asrama sejak sekolah menengah lagi. lima tahun bersekolah asrama, kemudian matrikulasi (setengah tahun saje, hehe), diploma tiga tahun dan ijazah selama 2 tahun setengah. Lama bukan? sejak itulah saya jarang ke dapur. Namun, latihan indutri yang diwajibkan kepada saya untuk memenuhi jam kredit program Sains Biomolekul, Fakulti Sains Gunaan ku harungi jua. Dan semenjak itu lah aku semakin kerap ke dapur. Al- maklumlah perempuan dan dapur tak dapat dipisahkan (eh?). 



Apa yang saya sedihkan di sini ialah, BERAT BADAN kembali naik. Duduk di Bertam Putra ini memang mencabar iman makan. like seriously! Saya nak membuat pengakuan bahawa makanan disini amat murah, taste pun not bad, senang mencari bahan mentah ditambah pula saya suka masak(ah poyo).

kalau dulu selalu skip lunch, now hari- hari must take. hehe

Berkenalan dengan officemates juga labmates adalah sangat ohsem. Walau baru saja kenal untuk beberapa bulan, kami semua seperti sudah kenal lama. Masing- masing tidak kekok untuk beramah mesra. Namun, masakan lidah lagi tergigit. Sesekali saya dapat teguran lembut (keras pun ada kekadang.hehe) daripada master student yang saya ditugaskan untuk menbantu kajian beliau. Takpe, saya jadikan semua itu sebagai sebahagian dari pengalaman dan juga pembelajaran di alam pekerjaan tidak lama lagi. Dan jika jodoh saya dengan USM panjang, akan kita ketemu jua suatu hari nanti bukan. InshaAllah.

Kurang dari 4 minggu internship saya di bumi Bertam Putra akan tamat. Pelbagai ilmu baru dapat saya timba. STEM CELLS yang dulu topik amat saya takut kini saya dah jadi sebagai 'daily works' haha. Ilmu ini jika diamalkan tentunya tak susah seperti difikirkan. Seronok memang seronok tapi perlu banyak baca banyak journal (ini yang malas).

 

1. ini saya. 2. sel- sel dari tisu jantung tikus 3. juga sel- sel tkus bawah mikroskop 4. sel- sel setelah di "harvested"

Housemate di Bertam juga sporting. Bayangkan dalam masa 3 bulan 2 minggu di Bertam saya dapat 3 housemates baru. Yang sorang memang penghuni tetap. Maka saya lebih rapat dengan beliau. Ekin, suka masak jugak, makan tak berkira, saling memahami yang penting otak dia sempoi. Ina, sempat duduk dengan saya sebulan lebih pun tak kurang best nya. Sikap dia yang selamber memang saya kagum, bijak meluahkan rasa dan boleh jadi pendengar yang baik. Namun beliau pindah ke rumah baru memandangkan beliau akan menamatkan zaman ujang nya pada usia 29 tahun tak lama lagi. Menggantikan tempat Ina ialah Kak Salwa. Baik orang nya, juga bekerja sama tempat dengan saya dan Ekin. Oleh kerana beliau telah berumah tangga dan mempunyai anak, sikap beliau lebih kepada keibuan. percakap beliau lembut, selalu ambil berat, beri saya motivasi untuk sambung belajar dan juga selalu beri makanan kepada kami (part ni paling best). Alangkah seronoknya jika menjadi anak- anak kak Salwa, hari- hari beliau call family members (so jelous).

Baiklah kena baca journal, online assignment.  Jumpa lagi.

Comments

Popular Posts