Concealer menutup kekurangan wajah ☻ ☺


        sudah menjadi lumrah perempuan ingin kelihatan cantik dan cun(tipu kalo cakap tidak). begitu juga aku(wah2)..tapi orang cakap cantik kena dari dalaman kan.hati kena cantik, penjagaan kesihatan kena baik. jangan la sampai orang cakap muka cantik tapi malas basuh baju,xreti masak LANGSUNG, kemas rumah xpenah,dan macam2 lagi.baru basuh baju kecik dan sluar kecik dah sakit2 tangan.sakit sangat ke tangan nak perah baju.aku cakap sebab benda ni benar,tak bohong. bukan nak kutuk tapi kita jadi kan teladan.betul kan.. tu korang pon boley menilai..(intro apa ni.hahaha)



oke skang aku nak kongsi pemilihan concealer. ramai tak tau concealer penting bagi mereka yg suke make up.. sebenar nye banyak jenis concealer ni bergantung pada jenis kulit dan tona muka seseorang. jangan isau suma orang boley mengenakan concealer, xkisah la gelap, cerah, berjerawat, berminyak, kering, atau kulit combinasi. mari kita teruskan pembacaan..




concealer tersedia dalam bentuk krim atau gel, atau bentuk yang padat seperti lipstik dan pensil. selain ia menutup bekas2 jerawat, kedutan, ia juga berfungsi menyamarkan lingkaran itam (dark circle) pada mata. ia akan membuat wajah kita mulus je tanpa cela (hakikat nya kita je tau haha).sebab tu la artis2 terutama nya korean artis ni gebu2 je kan.



pemilihan kaler juga penting supaya penyamaran unperfect tu dapat disempurnakan dengan baik. biasa nye 1 tona lebih cerah adalah terbaik untuk menutup celaan yang kurang jelas kelihatan. jika terlebih cerah akan menampak kan semula cela tersebut.namun pada bahagian tertentu, pemilihan kaler adalah berlainan pula.. 




mari kita lihat jenis2 concealer yang terdapat kat pasaran harini...

pencil concealer

Pensil atau stik.
Bentuk pensil mudah untuk diaplikasikan dan sesuai pada mereka yang mempunyai kulit jenis normal atau kombinasi.ia juga efektif menyamarkan cela yg xbegitu ketara dan tiak terlalu besar.guna pon mudah,boley guna kan jari untuk rata kan malah lebih praktikal dan foundation yang sesuai adalah jenis cecair supaya sapuan lebih halus. bagi yang mempunyai kulit yang berminyak, liang2 roma pon agak besar, sapuan concealer akan menjadi tak sekata.bagi menyeimbang kan semula, boley la mencuba concealer jenis padat iaitu texture lebih lembut dan bijak menyamarkan celaan dan jerawat.



pallete concealer

Palet
Jenis palet biasa digunakan pada korang yang ada masalah bekas jerawat kemerahan, bintik2 hitam(dark spot), jenis ini adalah sesuai.3 kaler cukup untuk buatkan wajah tampak halus sekata. warna kuning untuk menutup tanda2 merah jerawat, warna oren kemerahan untuk menutup lingkarean itam bawah mata dan kaler beige untuk mencerahkan spot yang gelap sangat2..




Solid.
bagi korang yang mempunyai jadual yang pack, boley gunakan concealer jenis ni. ia nya tahan lama bila dipakai. so xperlu lagi touch up selalu sangat. texture jenis ni adalah ringan akan tampak natural.jenis juga sesuai pada korang yang gemarkan aktiviti luar. so korang xperlu risau lagi.. =)




Berfomulasi
bagi korang yang mempunyai masalah jerawat yang serius dan ingin tampil cantik,pemakaian concealer tidak menjadi penghalang. korang boley cari concealer yang mempuntai formulasi misalnya mempunyai Tea Tree Oil, vitamin E dan sebagai nya. dengan ada nye bahan2 ni bukan je boley mngering kan jerawat malah ia juga dapat menutup rona merah pada jerawat, memperbaiki texture kulit dalam masa yang sama korang akan kelihatan cantik.



cream concealer

Krim
concealer jenis ni amat sesuai pada korang yang mempunyai kulit jenis kering. ia mudah diratakan dan membantu menyamarkan dark circle pada mata.setelah itu disusuli dengan loose powder warna yang sama supaya lapisan concealer tadi sekata dan dapat bertahan lama. kemudian baru la sapukan compact powder pula.




daripada apa yang aku share ni moga korang dapat mengetahui dan berhati hati dengan pemilihan concealer yang sesuai dengan muka korang. bukan kena ikut kawan. ingat pilih kaler yang 1 tona lebih cerah, baru la nampak natural gitu..



sumber: mingguan wanita (MW)


Comments

Post a Comment

Popular Posts