boyfriend huh ??

boyfriend atau teman lelaki sudah tidak asing lagi dengan seorang perempuan. haish toksah nak tipu la cakap "tak penah minat kat laki" or "tak de prasaan kat laki". S**t. bohong. Lumrah pompuan la.. macam laki gak berkeinginan untuk ada pasangan. Biasalah. Tapi mungkin sesetengah tak ambik port sangat. bagus la tu. kann.. tak elok kapel2 ni.(makan dalam aku sorang2.haha)


Takpe. nak story jugak tentang kejadian idup saya dan lelaki yang pernah bertakhta di lubuk hati ini. Mungkin saya ni gedik awal.haha. Dari darjah satu lagi sudah ada boyfren. Err betul kah...


Oh ya. Lelaki bertuah pertama masa saya darjah satu. ye darjah satu. Time tu saya baru pindah rumah, jaoh dari sekolah sebelum tu (tadika). So bile masuk darjah satu, takde sorang membe pon yang saya kenal. sobss. Dimasukkan pulak kelas paling belakang. lagi lah sobss.(padan muka aku, tapi best dapat nombor satu.hehe). Barangkali saya punya muka berkaki lebar (berkaliber) kot. Maka di nobatkan sebagai penolong ketua darjah. Ketua darjah tak boleh sebab mesti lelaki. Sejak dari tu rajin la kami berdua keluar masuk kelas, pegi bilik guru same2 pegang tangan tau..hehe Eh jap tu dikira BF keww??? haha.



Yang kedua, jejaka B masa saya darjah enam. 6. Entah macam mana saya gedik boleh minat sorang mamat ni, satu taman pulak tuh.haha. lagi tua dua tahun. siap berhantar surat, jumpa kejap time solat terawih.maklum la ambik kesempatan. tapi hubungan kami terhenti pabila saya dimasukkan ke sekolah berasrama penuh. MRSM Pontian. Jauh tuh..And then we lost contact macam tu jer..
Tahun lepas baru in touch semula, jumpa kat FB.. still friend. dia pon sudah berpunya, siap adek artis you! saya turut gembira.hoyeh-hoyeh..!
 


Jejaka C adalah ketiga masa berada di MRSM Transkrian. Rakan sekelas. jejaka C berpindah dari sekolah lain. tak ingat sebab ape dia pindah. Mula2 segan jugak nak menegur. Masa tu baru dapat handset, pakai nokia 2100 (mana boleh tak ingat, kenangan tuh). Ada nombor tak dikenali texted me. ahaa... Rupe2 jejaka C. sejak dari tu ada la jugak la borak2, date sekali je tak silap. Lepas tu dia macam ada yang lain. jadi saya pon undurkan diri. maklum la saya bukan "hot" sangat. dengan muka habis tanned time tu, giat sangat netball player. even until now memang position GK dalam team netball. hehe.
Now he dah ada GF juge. Manis, comel, hot sangat. saya pon suke tengok GF die sekarang. macam anak patung tau. Moga korang berkekalan. tak silap dorang dah 6 tahun kapel. salute beb..
he and his GF also me still friends.. hebat kan..




Orait jejaka D adalah seterusnya selepas single selama beberapa tahun.hehe. jejaka ni dikenali melalui myspace. (time tu myspace tengah meletup, up sikit dari friendster i guess) Masa tu lepas spm, duduk rumah ngadap pc je. berkenalan ngan jejaka D sampai lah saya kat matric, keluar matric..dan masuk uitm Perlis.. Raya jejaka D ada bertandang ke rumah dengan adik lelaki dia. Lepas tu jarang dah jumpa sebab jauh kan perlis. tak lama lepas tu kami macam tak sehaluan. Jadi kami berpisah. Sampai sekarang kami masih berkawan juga.. Status dia sekarang saya pon tak pasti sebab jarang contact. dan kadang2 takot dia tak selesa perihal relationship. yang penting tak gaduh dan hepi dengan life masing2..




Jejaka E ku kenal melalui membe sekolah. Senior membe tu la. Orang nye hensem, smart student, tegas dan penyayang orang nye. tapi saya sangat busy time tu jadi buat endah tak endah dengan dia. Kalo jadi die, mesti sedih kan. Im sorry (its too late). Jadi kami berpisah walaupun masing2 berat hati.
Namun saya heran kenapa dia macam menjauhi. FB pon dia tak approve me as friend. pelik kan. yang lepas-lepas la. Even dah ada Gf pon saya tak kisah. take it easy la kan.. still tak paham sampai sekarang, there's nothing to hide.just friend.hmm
Btw, saya tetap mendoakan kebahagiaan awak dan kekasih..




Jejaka F adalah seterus nya. saling mengenali di alam maya jugak (internet). sekitar 2 tahun lepas.fresh lagi.hehe.walaupun dah lama ada yahoo messenger (ym), tapi tak reti jugak chatting kat 'chat room' sampai lah Cik Ain Ali memperkenalkan. hehe. Dari situ saya mengenali 'big boss'. kenape panggil big boss? nanti lah saya buat satu entri khas untuk nya okeh? chill.
Big boss seorang yang klakar, first time jumpa teman big boss bank in payment ape entah kat CIMB bank Kangar. Suke buat lawak. saya kan jenis gelak tak hengat dunia. terbahak-bahak macam badak (euw badak air). Die suke blanje makan, bab paling best. Balik rumah die tengok macam2 binatang. haa memang seorang penyayang. Tahan betul dengan kegedikan aku.haha. Eh silap tak boleh citer banyak2 nanti takde modal untuk entri 'big boss'.hehe




okeh next adalah.... takde dah.haha. sampai kat big boss jer. Sebenarnye nak letak gambo tiap sekor2 sorang2. Tapi nanti menimbulkan kontroversi dan macam2. To be saved, taknak lah... Biarlah sapa yang tahu saje.. Semoga jejaka A sampai E diatas sentiasa bahagia dengan keluarga dan insan tersayang (untuk aku jugak). kita tetap kawan ye, forever. Tak perlu lah nak rasa janggal sangat. Biasalah tu. barangkali kita boleh jadikan kenangan dulu as 'cinta monyet'. sapa setuju kembangkan hidung? hoyeh-hoyeh.


Pesanan saya untuk saya dan kawan2 luar sana. mesti setia yer.mungkin effect 'setia' kita tak nampak sekarang, tapi masa depan kita tak tau kan.hukum karma. walaupun kadang2 ada pahit, ia bagus as a remedy for the relationship. Jangan susah2 pasti ada yang datang satu hari nanti pada yang belum berpunya. enjoy dan jangan lupa God first of all !


bosan kan entri ni tak de gambo. langsung.!

Comments

Popular Posts