Bila aku dah naik angin...!!



Semalam. okeh malam tadi.Sedang aku leka mengunyah jajan yang dibeli semasa menghantar kakak ke stesen bas pulang ke Tapah tempat kerja beliau. Leka melihat telatah kawan- kawan FBland and Twitterland. Ada berunsurkan lucu (lah jugak), ada yang sedih (sangat), ada yang pelik (gila), ada yang tak perlu (kot), ada jugak bebentuk nasihat yang bagus untuk ilmu didada masing-masing, dan ada yang benda tak boleh blah (betul) tersiar di dinding rumah aku. FBland dan Twitterland.




Atiey, apa yang cuba engkau sampaikan disini.(mungkin pembaca sedang berfikir, teka lah)






Tanpa disedari tangan ku menggaru area tulang pipi dekat dengan bahagian mata aku. Macam angau je 'sedap menggaru'. ye nikmat garu. kah kah kah. Namun aku tersedar ada sekor makhluk berterbangan sebelah kiri muka. Mak ai terbang pon ada seni. Dengan penuh kelembutan. Mungkin makhluk kecil ni betina kot kan pandai lembut2 macam pompuan tak pon PONDAN. Tak kisah lah mana2 pon.hehe.




Pandangan aku tak lagi tertumpu pada skrin laptop yang kini berusia hampir 4tahun(format baru sekali, pandai tak saya jage?), tetapi beralih arah pada makhluk tadi ni. Makhluk ni hebat sebab bisa membuatkan aku hilang fokus belajar. hebat-hebat. Makhluk itu masih dekat dengan ku, kali ni dia singgah di salah satu bahagian badan aku (lah).





Sakit hati ku kian membara. Tak boleh dinafikan lagi.Tanpa membuang masa, aku menepuk."Paaap". Kan dah kena tampar free dari aku. Darah terpancut dari badan nya. Kesian~~

camera pon ilang fokus sebab tangan ku masih dalam keadaan marah!



Eh melekat pulak kat salah satu jari kanan ku. Badan mangsa dan darah. "slurrp". Dia diheret ke satu lagi tempat.. Alahai sadis nye...~~

Mangsa. Mati di tempat kejadian tanpa di bedah siasat..



Itulah alkisah matinya seekor NYAMUK di tangan aku, tanpa rasabersalah. walaupon berada di bulan Ramadhan Al Mubarak ini. Aisshhh takkan korang pon nak biar je. Dia dalang sebenar menyebabkan pipi aku gatal tanpa sebab. Dia jugak lah dipersalahkan jika wujudnya cela di muka ku akibat garuan yang amat sangat (best).




Sekian sahaja ceritera dongeng dari sang pendeta poyo (giler). selamat berjumpa lagi..



[fakta: nyamuk betina sahaja yang menghisap darah, jantan wat kije lain]



Daa... =D




Comments

  1. hehe. baek punya cilok kat tenet je cikin... urs pon cun pe...siap ada gadis lagik..=)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts