ITTAR Chocolate Chips Biscuit

Assalam..
Salam 1 Malaysia..
Happy Monday blues..



Pada entri kali ini saya nak kongsi resepi biskut raye... Bior la dah bukan taim bulan puasa untuk buat kuih raye, tapi bile2 pon boleh makan biskot kan.hehe. Biskut yang dimaksudkan ialah Chocolate Chips Biscuit. Biscuit ini biasa saya buat untuk hari raye lah. Sebab membe2 universiti sangat suke. Jadi saya rajin lah nak buat biskut ni. Kalo tak sedap sape nak makan kan. Lagipun kalo buat sendiri, mesti lah kena buat sedap2 supaya berbaloi. Beli kat kedai2, pasar-pasar malam, belum tentu sedap. betul kan?

Jadi untuk lebih jimat dan dapat makan biskut2 yang sedap dan berbaloi, boleh lah kita try buat sendiri.. Boleh juga nak beli, tapi pastikan betul2 boleh dipercayai. (panjang benor intero nye).LOL. Biskut choc chips ni sangat mudah, petik jari je boleh siap (itu tipu sangat). Bahan2 yang diperlukan pon senang didapati..


Jom ushar bahan2:~

150g mentega
150g gula perang
1 biji telur
200g tepung
20g serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
50g cip coklat
50g badam cincang

** kalo xde penimbang, boleh agak2 pakai pengukur jenis cawan. jangan risau, jadi dan sedap jugak..=)
** telur yang diguna medium size ye..
** badam cincang tu perlu disangai terlebih dahulu supaya rangup.



Kalo dah sedia bahan2 jom ushar cara membuat pule.. ~~
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang
  2. Masukkan esen vanila, tepung, soda bikarbonat dan serbuk koko yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati
  3. Akhir sekali masukkan badam cincang dan cip coklat, gaul rata.
  4. Dengan menggunakan sudu, bentukkan adunan dan susun di atas dulang pembakar.
  5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 degree Celsius sehingga masak.

**Pastikan jarak antara susunan adunan atas dulang jauh yer. Biskut ni akan mengembang cantik macam Chipsmore.hehe.

Ushar hasil nye pulak...


get started
sudukan kecik2 je, besau2 xcomel.biskut ni mngembang.
yummy...

taddaaaa...


Haa best kan dapat buat choc chips biscuit sendiri. Boleh letak choc chips banyak2, badam pon boleh tarok banyak2.. Puas makan dan puas hati... Disamping tuh, suma pon hepi.. Big boss pon sangat suka biskut ni, rangup...Dah terliur tu, pegi la cari bahan2 dan try resepi simple ni.. Dah siap post kan blog or fb and share bersama kawan2 y'alls pula..



Selamat mencuba dan stay beautiful gals !!!


Comments

Popular Posts