3rd day of Eid 2011

Raya ku tak bermakna tanpa orang yang ku sayangi bersama meraikannya.. adoi karat jiwang nye ponn... haha

Pada tanggal 1september 2011 saya dengan rasa riak dan takbur nya telah mendapat kebenaran untuk pergi ke Perlis. Yahoo !!

Pemergian ku ke tanah Arau mendapat persetujuan kedua orang tua ku sebab... sebab aku pon tak tau, tetibe je baik hati diorang lepaskan aku pergi beraya ke rumah (bakal) mertua ku.wawawah. ayat kau Jah curlass gitu.hehe.

Naek train pukul 3 pagi dan sampai Arau pukul 8 pagi. Wow memang penat dan mengantuk, namun itu tidak menjadi masalah. Sebab, gembira, cuak dan segan bermain di kepala hotak bila for the very first time beraya di rumah big boss. (dulu selalu la datang, hampir setahun xbertandang ke rumah nye..) Ye agak malu-malu sipot sedut di situ.. aiihh..
ketupat palas arau.hehe


Sejurus aku tiba, (sempat la mkan2 kuih raya) mak dan ayah big boss bersama mak ngah dan pak ngah sampai dari melawat saudara yang sakit di KMC. Cuak ku bertambah2.kah kah kah. Dan aku menolong mereka mnyiapkan hidangan lunch. Macam makan kenduri, ramai bebenor deme.. awok jadi segan.

Rendang, sambal belacan dan sambal dari Sabah yang di bekalkan oleh ibu tercinta turut menjadi salah satu menu untuk tengah hari itu.. Berpeluh- peluh teman makan nye...pedas. Tapi cover2 lah..hehe. selain tu almond london, biskut wajib bagi big boss tiap tahun, dan special tahun ni aku wat choc chip biscuit juge.. =)
Choc chips...


Oleh kerana Perdana big boss mengalami sedikit kecacatan, maka kami tak dapat bersiar2 seperti dulu. hanya menghabiskan masa di dalam rumah. Perdana big boss ada problem. Enjin ditukarkan dari auto kepada manual, selaras dengan turbo gear yang baru dipasang...(Haa nanti dah okeh wajib mai Taiping plak la...)


Petang tu aku pulang dibekalkan ketupat palas (diorang buat time aku tido.haha), kuih karas (mak big boss buat sendiri), dan beberapa lagi kuih tradisional. Bagusla aku ni tau buat kuih moden je, kuih tradisyenel ni tak reti dan agak remeh (ke tak belajar buat)..


Jam 7petang aku dah naik tren dan meninggalkan Arau dan big boss. Sedih dan pilu di dalam hati. Lama lagi dapat ketemu. Cuma yang ku harapkan ialah semoga hubungan kami berkekalan dan kejujuran dan kesetiaan menjadi milik kami di samping saling menerima seadanya..

Berjauhan (lagi) kita untuk sementara. Jangan nakal-nakal !


Duit raya?? haha. funny. Buat pengetahuan semua, aku tak penah pon dapat duit by hand dari big boss. Nope! bukan dia kedekut, mungkin dia ada alasan yang tersendiri. dan aku bukan jenis mintak2 duit, tak reti lah weh. Segan. Cuma aku tak putus menerima barangan dari "beliau". Macam2 dah. Tak perlu kot nak mention kat sini, kang riak pulaks. 


Tak dapat duit raye, dapat perfume raye okeh lah kan.hehe. my second bottle of LOVER perfume by Jeanne Arthes, Paris, EDP. Dan lagi satu my BB dah baik... dah boleh pakai pin msg BB for free.Yeay!! Jadi sape2 nak (jimat) PIN msg ngan aku, boleh la.. Hmm sebelum ni macam malas nak pakai BB cadang2 nak pakai iphone. Tapi actually BB ada kelebihan tersendiri jugak.. Nanti nak subscribe BIS dulu lah baru leh guna BB efficiently!


my faveret ni...!


Eh lupa! big boss ada arnab comel. imported. masih budak2 lagi arnab ni. Nanti dah besar lagi gebu. Tupai pon ada. Tapi tak minat tupai sangat, xleh di pegang... tak banyak picture captured haritu. ceik segan.hehe

si kelam..

si gebu..

dengan si si kembang..

sambil cover mereka sedang melihat aku ngah camwhoring..peace!

kang ku curi gak sekoq, geram!

 

Takat ni je dulu ye...Happy saturday and stay beautiful !
thnax for reading =)

Comments

Popular Posts