lelaki bakhil atau lelaki sporting ??

Bila cakap pasal ini mesti ramai yang terjegil bijik mata nak tau kan..aku bukan la penulis hebat tapi boleh la nak berjinak2 sikit cherita hal pakwe-makwe, laki bini dan seumpamanya.

macam ni...sudah menjadi idaman seorang perempuan inginkan BF yang berduit, hensem, romantik, berakhlak mulia.. tapi kawan2 kita juga kena tahu, kat dunia ni mana ada lelaki yg sesempurna itu..jangan la nak cari perfect sangat sedangkan kita juga insan biasa, xlari dari kesilapan (apa aku merepek ni..).

dengan dunia serba canggih ni, fesyen berjenis2, product macam2 makin mahal, belom masuk segala perfume sedap2, SHAWLs of coz(walopon bli utk pakai time kuliah jew, terasa i..)... cukup ke nak sentiasa up to date suma tu...kamon la kawan sengkek kang nak layan suma tu..duit PTPTN rm3500 satu sem pon xcukup kawan..haha

lek lu beb..meh kita alihkan pandangan insan paling dekat dengan kita. yeahhh...BOYFRIEND.. adeyh ni yang berat ni..ada dua kategori yang dikaitkan dalam entri ni je,tak masuk faktor lain okeh..
         (1) jenis yang bakhil sedikit ( kedekut bertempat) dan
 (2) jenis sporting ( x kedekut LANGSUNG )...

Duhhh....! nak pilih mana satu?( bley ke nak pilih2 awal2 kenal).Mesti la ramai nak yang kedua kan..
Sapa yang bijak je akan pilih yang pertama..Kenapa ye?? meh nak explain sikit..


bagi yang pilih kedua, memang syok beb..segala benda bley dapat..cakap je, pantas je BF korang akan bagi kan..tambah2 dengan ayat2 bunga2..lagi la laki ni cepat cair..ahaks. korang mesti akan sayang giler2 kat BF korang, yela segala kejadah mintak dapat kan..kalo sama2 student, ok la kan ley sama2 sharing..tapi kalo kes yang BF bekerja, kopak plak gaji laki nak layan karenah awek yang makin lama makin demand,belagak primadona..dan ada juga kes, laki berhempas pulas kerja cari duit, makan pon catu2 takot awek lari..tapi awek ni sedap2 keluar jalan2 ngan " kawan Laki" lain, cukup bulan laki malang ni jugak la kena spend money kat awek ni..tak ke kesian...isy3....

untuk pilihan yang kedua, aku respek la kawan..bukan senang pompuan skang ni nak terima kenyataan laki ni kedekot..haha.memang sah2 kita lihat buruk je bunyi. namun disebalik kedekut tu la tersembunyi kebaikan. Meh nak cita lagi..segala demand nak watpe kawan, tak elok sangat untuk diamalkan..hehe.jika lelaki yang kita dapat xberapa nak sporting(tapi tau dia terlebih mampu), jangan isau keh..dengan kurangnya demand kita ni, duit dapat disimpan.. bukan untuk orang lain, untuk kita juga satu hari nanti..wawawah...yela simpan sikit2 dari sekarang.sok nak wat masjid takda la susah2 wat loan menggunung.belom lagi pas kawen,beranak pinak..kena pikir masak2 suma tu ye..so terima la si dia seadanya..


Konklusi: 
mari la kita banyak2 bersabar dalam menjaga perhubungan kita. kita berhak menentukan hidup kita namun perlu diselitkan pemikiran yang bernas dan bukan untuk kepentinagan sementara sahaja.aku percaya kesetiaan penting dalan hubungan.jangan sampai hilangnya kepercayaan pada kita,naya tau..tapi pada2 la kawan jangan terlebih inflasi sifar( haji bakhil nak mam***), ala kadar yang penting.hee


** entri ni sangat seswai untuk memuhasabah diriku dan juga insan2 bernama perempuan..dengan umor aku 22tahun, dan baru je masuk alam degree, layak kah aku untuk berkata2 begini..aku pon kurang pasti. yang pasti ia keluar dari benak aku, fresh lagi tau..suma berdasarkan fikiran dan beberapa tinjauan, tilikan dan juga kisah2 benar teman2 seperjuangan..terima kasih..**


APPENgeDIX
muka aku wajib ada tiap entri,aku pon xpaham.haha

Comments

Popular Posts