Kek Sarang Lebah ( Honeycomb cake)

Kek Sarang Lebah
Kek Sarang Semut
Kek Gula Hangus
Sponge Cake
Honeycomb Cake

Apa juga nama diberi kek adalah yang sama, rasa sama, bau sama, warna sama, kesedapan insyaAllah sama turun temurun.

Kek ini first time HD buat as requested by Atok. Sebelum nak buat ni risau jugak since tak pernah buat kek ni seumur hidup. Merasa makan pun ada lah beberapa kali. Hehe

Jadinya, HD gugel sana sini, blogwalking sikit bagi dapatkan resepi & cara yang betul & menjadi. Maka terhasil la Kek Sarang Lebah dengan jaya nya, Alhamdulillah. Thanks buat beberapa blogs & youtube posts yang bagi resepi & cara- cara. Maaf tak sempat nak credit semua 😁.
Resepi yang sangat mudah & senang ikut. 



Bahan- Bahan:-

1 cawan gula pasir/ gula halus
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat ( HD panggil susu junjung)
3 biji telur (gred A/ saiz L).  Kalau saiz C pakai 4 biji
1 SB soda bikarbonat
5 SB butter
1 SB esen vanilla

Cara- Cara:-

1. Panaskan gula halus dalam periuk (HD guna non-stick pan). Biar sampai keperangan. Jangan kacau guna senduk/ sudu. Lenggangkan pan saja. 
2. Bila semua gula larut & perang, masukan air panas dalam pan. Hati- hati sebab gula akan menggelegak kena air panas tapi kejap saja. Barulah kacau guna whisker/ senduk (gula hangus akan keras kena air) teruskan kacau hingga semua gula larut.
3. Masukkan butter ke dalam larutan gula hangus. Kacau lagi. Kemudian ketepi untuk sejukkan.
4. Masukkan telur, tepung ( yang telah diayak), soda bikarbonat, susu pekat, esen vanilla dan larutan gula hangus ke dalam blender. Blend sehingga sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang 6-7 inci dengan dilapik baking paper. Rehatkan adunan selama 1-2 jam sebelum dibakar.
6. Bakar kek pada suhu 150 degree celcius selama 25minit, api bawah SAHAJA. Kemudian tukar suhu 180 degree celcius selama 20 minit, api atas bawah. ( teknik ini penting bagi mendapatkan texture lubang-lubang sarang lebah yang banyak)
7. Biarkan sejuk seketika sebelum dipotong.

Boleh dihidang bersama kopi O' panas- panas buat jamu minum petang. Boleh buat untuk jamu bila balik kampung  atau nak hebat lagi jamu untuk mak pak mertua. Confirmmmmmmmm A punya. Kihkihkih

Selamat mencuba korang ❤️


Comments

Post a Comment

Popular Posts